I LoVe You!


Avril Lavigne - I Love You
Mp3-Codes.com

Monday, April 23, 2012

Kesetiaan.

dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya
dan aku pasti!
mesti ada sesetengah org di luar sana
pernah mengalami benda yg sama seperti aku.

bila hati dah berjanji untuk setia cinta pada yg satu
tiba pula kekasih lama untuk menagih kasih kembali
tipu lah bila anda kata hati anda tidak berhenti seketika
bila perkabaran itu disampaikan sendiri oleh kekasih anda.

hubungan cinta dua org manusia akan kukuh
apabila disimenkan dgn kepercayaan terhadap pasangan sendiri
aku tak pernah halang kemahuan dan permintaan dia
seboleh-bolehnya aku nak menjadi penyokong yg sentiasa berada di belakangnya
di setaip kejayaan yg diperolehinya
menjadi kawan yg terbaik menemani gelak tawa dan tangisannya
menjadi pendengar yg setia bila dia menghadapi kesulitan.

bagi aku mudah saja...
aku tak pernah takut jika karma itu berlaku pada diriku
mungkin kerana aku layak untuk terimanya
walaupun dalam keadaan aku tak sedia
mahupun dalam keadaan diri aku bersedia
prinsip yg aku pegang cuma satu je
kalau dia nak curang
bila-bila masa pun dia boleh curang
bukan setakat belakang-belakang aku
malah depan aku pun dia boleh buat
semuanya terletak pada kemahuannya.

dia pilih untuk setia
dan dia pilih untuk tolak perlawaannya
aku tak pernah mintak dia buat semua itu
aku tak pernah mengharapkan apa-apa dr dia
sebab aku tak kesah kalau dia menyakiti hati aku
mungkin kerana aku rasa itu jalan terbaik untuk aku tebus dosa aku pada dia selama ini
segala penipuan aku
segala kejahatan yg telah aku lakukan terhadap dia
lebih dr apa yg disangkakan.


No comments:

Post a Comment